Danishka Esterhazy
Danishka Esterhazy

Danishka Esterhazy

Danishka Esterhazy (lahir di Winnipeg, Manitoba) ialah seorang penulis skrip dan pengarah filem Kanada.[1][2][3]Hasil karyanya terkenal kerana memiliki watak wanita sebagai pelakon utamanya.[4] Filem pertamanya yang berjudul Black Field, memenangi anugerah Drama Cereka Terbaik di Festival Filem Wanita di Vancouver dan anugerah Cereka Kanada Terbaik di Female Eye Film Festival di Toronto.[5] Filem-filemnya telah dipertontonkan di pelbagai festival dan teater dan di seluruh dunia termasuk Festival Filem Antarabangsa Rom, Festival Filem Antarabangsa Puchon di Korea Selatan, Festival Filem Pendek India, La Maison Rouge di Paris dan Kölner Filmhaus di Jerman.[6][7]Hasil karyanya juga telah disiarkan di CBC Television, Bravo, dan Super Channel. Danishka juga menerima Kodak New Vision Award untuk Pengarah Wanita Harapa Kanada yang diberikan oleh Women in Film and Television Toronto. Beliau juga memenangi UBC Creative Writing Award untuk Lakonlayar Terbaik di Vancouver International Women in Film Festival 2015.[8] Esterhazy tamat belajar di Canadian Film Centre dan National Screen Institute.[9]